Home Nightlife Betul ke nasi kukus ni terbaik di Bangi?

Betul ke nasi kukus ni terbaik di Bangi?

0
Betul ke nasi kukus ni terbaik di Bangi?

[ad_1]

Dah nama pun nasi, nasi kukus dan nasi ayam penyet sering digabungkan dalam kategori yang sama. Walau bagaimanapun, kedua-duanya adalah hidangan yang berbeza (tetapi tetap enak).

Nasi kukus merupakan nasi yang dikukus dalam kain muslin atau pengukus, menghasilkan tekstur yang gebu dan beraroma. Jadi, berasal dari Bangi, saya selaludengar tentang Pak Din Nasi Kukus dan reputasinya sebagai nasi kukus TERBAIK di Bangi

Pak Din Nasi Kukus - Google review
Credit score

Di Google pun, pelanggan-pelanggan setia mereka turut menyuarakan sentimen Pak Din sebagai nasi kukus terbaik di Bangi. Saya kemudiannya menuju ke Seksyen 3 Bandar Baru Bangi di mana gerai ini terletak di antara beberapa gerai lain. Walaupun baru pukul 12 tengah hari, gerai itu agak sesak dengan pengunjung dari kawasan perumahan dan klinik berhampiran.

Pak Din Nasi Kukus - Stall front

Kedai Makan Muhajirin: $1 nasi lemak & reasonably priced conventional Malay dishes At Toa Payoh

Apa yang saya makan di Pak Din Nasi Kukus

Nasi kukus di gerai ini biasanya dihidangkan dengan nasi, kuah, sambal dan pilihan ayam goreng atau ayam bakar. Selain itu, anda boleh memilih merchandise tambahan, sama ada begedil, ikan keli berempah atau ayam kunyit.

Pak Din Nasi Kukus - Stall items

Saya pilih satu paket ayam goreng dan satu lagi dengan ayam bakar. Saiz hidangan nasi bagi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah (RM9) agak banyak. Oleh kerana ia dibungkus, saya diberi sebungkus kecil kuah dan sambal. saya tak puas hati dengan paket kecil sambal dan kuah yang diberi kerana kuantitinya tidak padan dengan nasinya yang banyak.

Pak Din Nasi Kukus - Ayam Goreng

Dari segi rasa, keseluruhan hidangan sebenarnya rasa padu dan lazat, tetapi kuahnya dihidang terbukti menjejaskan rasanya . Ayam goreng mereka sangat rangup, lembut dan sesuai dengan nasi kukus tersebut. Akan tetapi, penggemar ayam kunyit mungkin akan sedikit kecewa dengan kualiti lauk tersebut.

Pak Din Nasi Kukus - Ayam Bakar

Star of the present di Pak Din ialah Nasi Kukus Ayam Bakar (RM9)! Dipanggang dengan sempurna, ayam itu rangup di luar dan dagingnya lembut sehingga cair di dalam mulut saya. Betapa sedapnya ayam ni sehingga saya beli seketul lagi sebagai tambahan!

Walau bagaimanapun, saya benar-benar tidak berpuas hati dengan begedilnya. Begedil yang asli harus mempunyai unsur rangup sambil mengekalkan kelembutan kentang. Tekstur Begedil ini kelihatan tidak sesuai dan saya mendapati diri saya bergelut untuk menghabiskannya.

Fikiran akhir

Pak Din

Jadi, adakah Pak Din Nasi Kukus terbaik di Bangi? Pada pendapat honest-honest saya kan? Tidak (Orang Bangi, jangan marah ye!). Saya pernah cuba nasi kukus yang lebih baik di sekitar Petaling Jaya. Bagaimanapun, Pak Din adalah pilihan yang paling jimat bagi mereka yang tinggal atau bekerja di kawasan Bangi.

Jika anda tinggal di KL, saya cadangkan anda untuk mencari nasi kukus yang lebih baik. Kalau jumpa, jangan lupa untuk rekomen pada kami ye!

Jangkaan pembayaran: RM10 – RM20 setiap orang

Nasi lemak bungkus showdown: Suri Nasi Lemak Panas vs Cafe Mesra vs Bungkus Kaw Kaw

Worth: $

Our Score: 3 / 5

Pak Din Nasi Kukus

Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor, 43650

Worth

Our Score 3/5

Pak Din Nasi Kukus

Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor, 43650

Working Hours: 11am – 5pm (Mon to Sat), Closed on Solar



[ad_2]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here